SALAM UKHUWWAH KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI TINGKATAN 6 ATAS TAHUN 1984 DAN SEBELUMNYA [alumnimaahad@gmail.com]

04 February 2009

TAZKIRAH



مَنْ جَاوَزَ أَرْبَعِيْنَ فَلَمْ يَغْلُبْ خَيْرَ شَرُّهُ فَاْليَتَجَهَّزْ الى النَّارِ

(au kama qaala)

Maksudnya : "Barangsiapa yang telah melangkaui (umur) empat puluh tahun, Jika (amal) kebaikannya tidak dapat menutupi (perbuatan) jahatnya, maka bersedialah untuk masuk ke neraka".

Kelahiran manusia adalah jalan menuju kematian. Sesungguhnya setiap manusia yang lahir ke dunia semuannya mengusung keranda. Cuma diantara lambat dan cepat sahaja. Apabila sahaja mencecah umur 55 tahun, ramai orang menghidapi berbagai jenis penyakit yang kronik dan sukar untuk diubati.

Dari itu bermula dari hari ini marilah kita sama-sama ingat mengingati akan semakin hampirnya kematian. 40 tahun telah kita tinggalkan, yang barangkali bercampur baur antara amalan baik dengan amalan buruk. Antara Ikhlas dengan Menunjuk-nunjuk. Antara takutkan ibubapa atau guru dengan takutkan Allah. Antara Khusyuk dan Lalai dalam khayalan. 20 tahun lagi (itupun kalau ada) adalah tambahan masa dan 5 tahun berikutnya adalah masa kecederaan.
Tiada yang mampu meraih keberuntungan dalam masa tambahan apatah lagi masa kecederaan.

we are looking for the future but we have lost for today, when we were chasing for nowday, finally we loose the end of life. Don't u think that everything in short life will save u on never lasting day.
Ilustrated by sufian

No comments:

Post a Comment