Kota Bharu : 27 Januari 2009
Perjumpaan pertama bekas-bekas pelajar Maahad Muhammadi dari tahun 1979 hingga 1984. Perjumpaan yang penuh meriah dan gembira kerana sudah terlalu lama masing-masing mengikut hala tuju sendiri. Ada yang berpisah awal ketika tahun 1981 kerana berjaya ke Kolej Islam, Kelang.
Pertemuan tanpa perancangan yang panjang ini berjalan dengan penuh harmoni. Penuh syahdu, bagaikan pasangan kekasih yang dah lama tak bersua, kerana arus yang berbeza.Walaupun tanpa dirancang dengan teliti tetapi kami berjaya mengumpulkan 18 orang bekas pelajar yang boleh dikatakan semuanya setingkatan dari tahun 1978 hingga 1984.
1984 adalah tahun terakhir kami di Maahad Muhammadi Jalan Merbau yang kini dikenali sebagai Maahad Muhammadi Perempuan. Tahun 1983 Apabila Maahad Muhammadi Lelaki dibuka secara rasminya di Jalan Pengkalan Chepa, maka berpindahlah semua pelajar-pelajar lelaki, kecuali yang tinggal hanyalah kami tingkatan 6 Atas dan Bawah Usuluddin serta 6 Atas dan 6 Bawah Syariah.

No comments:
Post a Comment